Saturday, February 27, 2021

English Movies XV

Assalamualaikum

Enjoy my reviews!!!

Harley Quinn : Birds of Prey 2020
Genre : Action/Adventure


Filem mengenai Harley Quinn setelah dia berpisah dengan Joker. Selepas dia berpisah dengan Joker ramai orang buru dia sebab dia banyak buat jahat dengan Joker dulu kemudian dia terserempak dengan budak ini. Budak ini seorang pick pocket sangat cekap mencuri dan satu haritu budak tu curi diamond, so semua orang buru budak itu termasuk la Harley Quinn ni dan dalam masa yang sama dia juga berjumpa dengan 3 perempuan lain dan mereka berpakat untuk selamatkan budak ini sebab budak ini pergi telan diamond tu dan semua orang nak bedahla perut dia.

Finding Ohana 2021
Genre : Adventure/Action


Mengenai satu keluarga yang pulang ke Hawaii untuk melawat atuknya yang sakit dan bila di Hawaii itulah budak ini terjumpa satu diari lama yang menunjuk ke arah harta karun. So dia pon berpakat dengan abang dan kawan dia untuk cari harta karun itu dan mereka jumpa. Tapi berjayakah mereka mengambil semua itu?

Poisoned Love : The Stacey Castor Story 2020
Genre : Thriller/True Story


Based on true story di mana Stacey kehilangan suami dia dan kemudian dia berjumpa dengan suami baru. Mereka pon berkahwin dan tinggal bersama 2 orang anak Stacey, tapi tiba tiba suami baru dia mati dan semua orang anggap yang dia bunuh diri padahal Stacey yang racun suami dan juga suami dia yang dulu. Tapi yang paling tak sampai hati bila dia cuba bunuh anak dia dan jadikan anak dia suspek pembunuhan. Tapi taktik dia tak berjaya disebabkan anak dia masih hidup dan terbongkarlah segalanya.

I Care A Lot 2020
Genre : Thriller


Paling best movie ini dan aku tak sangka wujud orang yang macam ini cuba ambil kesempatan ke atas orang yang lemah. Tentang seorang perempuan yang memburu warga tua yang kaya dan hidup seorang diri dan akan ambil alih semua harta orang tua itu. Kisah bermula apabila dia target perempuan tua ini yang hidup seorang, kaya dan sihat. Tiba tiba perempuan tua ini dapat perintah mahkamah utuk masuk pusat jagaan dan segala harta diberikan kepada guardian dia. Tapi rupanya perempuan tua ini bukan perempuan biasa, dan ada orang cari dia dan ingin keluarkan dia dari pusat itu.

Like a Boss 2020
Genre : Comedy


Tentang 2 orang kawan baik Mia dan Mel yang memiliki kosmetik sendiri mengalami masalah kewangan. Tiba tiba ada seorang perempuan ini cuba nak tolong dengan cara dia ada share dalam company mereka. Tapi perempuan ini macam cuba nak ambil alih sepenuhnya dan mereka berdua ini tak duduk diamlah dan cuba rampas kembali company mereka.

The Invisible Man 2020
Genre : Thriller


Mengenai Cecilia yang ingin larikan diri dari kekasih dia iaitu merupakan saintis dan technoscience. Kekasih dia ini punya cerdik sampaikan Cecilia pon dia control dan satu haritu Cecilia berjaya larikan diri dari bf dia. 2 minggu kemudian, dia dapat tahu bf dia bunuh diri, dia happy gila sebab dia dapat harta laki itu. Tapi sebenarnya laki itu kan pandai so dia tukar dia dia jadi invisible untuk stalk, torture perempuan itu. Tapi perempuan itu cerdik sebab dia tahu cara nak handle laki itu.

Becky 2020
Genre : Thriller/Action


Becky seorang budak antagonis yang berani setelah ibunya meninggal. Satu haritu, dia dan bapanya pergi bercuti dia rumah lama mereka dan tanpa disangka, ada 2 banduan terlepas dan 2 orang penjahat,  datang ke rumah mereka dan membunuh bapa dia. So Becky ini geramlah dan bunuh seorang demi seorang dengan cara yang kreatif dan ganas.

Dolittle 2020
Genre : Family/Adventure


Dolittle tentang seorang doktor haiwan yang boleh memahami bahasa haiwan, tinggal di dalam hutan bersama isterinya. Tapi semenjak isterinya hilang di laut, dia mengecilkan diri dan taknak berjumpa sesiapa sehinggalah satu haritu seorang budak datang ke rumahnya dengan membawa seekor tupai yang nazak. So doktor ini nak tak nak terpaksalah merawat. Selepas itu dr ini perlu merawat seorang permaisuri yang jatuh sakit akibat diracun.

Roald Dahl's The Witches 2020
Genre : Comedy/Fantasy


Mengenai ahli sihir yang tidak sukakan budak budak, bila dorang nampak budak budak, mereka akan umpan dengan coklat yang dijampi untuk bertukar ke binatang. Sekumpulan ahli sihir ini ada perjumpaan di sebuah hotel dan entah macam mana ada 2 budak dalam itu dan mereka disihir dan menjadi tikus. Budak budak ini tetap tak mengalah dan cuba berlawan dengan mereka dan akhirnya semua ahli sihir itu bertukar menjadi tikus.

Keeping Up with The Joneses 2016
Genre : Comedy/Action


Mengenai sepasang suami isteri ini yang menerima jiran baru. Tapi jiran mereka ini sangat pelik kerana mereka berdua nampak perfect, kaya dan tahu semua benda pasal mereka. So mereka berdua inipon cuba stalk dan rupanya jiran mereka adalah agent yang cuba melindungi mereka berdua sebenarnya.

Paling best adalah

1) I Care A Lot
2) The Invisible Man
3) Dolittle
4) The Witches
5) Poisoned Love
Thank you for reading. Pen off :)

1 comment:

AMIIZAA@Mieja said...

adik manis.....kak mieja datang sini :)