Monday, February 22, 2021

Korean Movies XII

Assalamualaikum

Enjoy my reviews!!!


Welcome to The Guesthouse 2020
Genre : Drama/Comedy


Mengenai seorang pelajar lelaki yang terpaksa keluar dari dorm dia disebabkan dia tak dapat untuk belajar dalam cuti sem macam tu. So untuk elakkan dari dia balik kampung dan kena marah, jadi dia pon pergi ke satu pulau ini untuk kerja part time sementara dapat panggilan temuduga. Dia pon pergi ke sebuah pantai ini kat situlah dia bekerja sebagai barista dan juga belajar surfing dan secara tak langsung dia dan seorang lelaki ini compete untuk bertanding dalam satu pertandingan surfing. Tapi pertandingan tu jatuh waktu dia ada panggilan interview.

Diva 2020
Genre : Thriller/Mystery


Diva mengenai 2 orang diver yang rapat tapi dalam masa yang sama ada sifat cemburu dalam diri salah seorang dari mereka. Macam cerita Black Swan dan oklah cerita ini tentang 2 atlet renang.

By Quantum Physics : A Nightlife Venture 2019
Genre : Crime


By Quantum Physics mengenai 3 orang yang mengusahakan sebuah kelab malam tapi satu haritu tiba tiba kelab malam mereka disalah guna sebagai pusat dadah dan menyebabkan mereka bertiga ini jadi buruan polis atas kesalahan membunuh seorang artis ini. Dalam movie ini, banyak bahasa fizik yang digunakan sebab laki ini sangat sukakan fizik dan segala benda dia buat dia percaya kuasa fizik itu.

My Girlfriend is an Agent 2009
Genre : Action/Comedy


Macam biasalah satu couple ini berpisah sebab makwe dia asyik busy memanjang dengan misi yang berbagai. Selepas 3 tahun, laki itu balik korea dan jumpa dengan makwe dia. Tapi dalam masa yang sama rupanya mereka berdua ini terlibat dalam satu misi yang sama. Movie ini macam movie Mr and Mrs Smith.

Peninsula 2020
Genre : Action/Horror


Selepas kejadian Train to Busan, so semua orang pon dah tak duduk Busan dan berpindah ke China. Tapi ada satu group ini terpaksa balik ke Busan untuk satu misi dan disitu diorang baru tahu yang rupanya ada lagi manusia yang terperangkap kat Busan so mereka pon cari jalan pulang untuk keluar dari situ. Mula mula macam bosan sikit tapi bila dah akhir, baru rasa best.

Space Sweepers 2021
Genre : SciFi/Space


Berlatarbelakangkan tahun 2073 dimana semua orang duduk di space. Mengenai 4 orang kawan yang terjumpa dengan seorang budak ini diluar angkasa, rupanya budak ini wanted oleh pihak lain sebab budak ini memiliki kuasa yang disuntik ke dalam badan ini. So mereka berempat sedaya upaya nak lindungi budak ini sebab pihak lain ingin mengambil kesempatan atas kehebatan budak ini. Bagi aku movie ini best sebab banyak terlibat dengan satu dunia dimana semua orang bercakap dalam bahasa masing masing dan mereka faham disebabkan semua orang memiliki translator device di telinga.

The Bad Guys : Reign of Chaos 2019
Genre : Action/Crime


Tentang seorang detektif bersama 3 orang banduan yang bekerjasama untuk menumpaskan seorang penjenayah ini.

Insane 2016
Genre : Thriller/Drama


Insane mengenai seorang perempuan yang ditangkap oleh wad pskiatri kerana bapanya menjual dia kesana untuk dapatkan duit. Wad itu pula sangat ganas dimana mereka menyeksa pesakit dan menjual organ mereka. So perempuan ini memang sedaya upaya cari jalan untuk keluar dari situ kerana dia tak gila. Tapi di akhir cerita ini ada plot twist aku pon tak faham hahha.

The Tooth and The Nail 2017
Genre : Thriller/Drama


Mengenai seorang magician yang ingin membalas dendam atas kematian tunangnya yang mati dibunuh. Jadi untuk balas dendam, dia menyamar sebagai pemandu teksi dan menetap bersama dengan lelaki yang bunuh tunang dia. 

Finding Mr Destiny 2010
Genre : Romance/Comedy


Berkisarkan Gong Yoo yang baru saja dipecat dari kerja dan selepas itu dia menubuhkan agensi mencari cinta pertama. Kat situ ramailah yang datang untuk minta bantuan Gong Yoo ini dan client pertama dia adalah heroin ini dimana dia nak cari lelaki yang dia jumpa di India. So dorang berdua ini rapat sepanjang bekerja dan macam biasa membuahkan cinta di hati masing masing haha. Findng mr destiny rupanya mr destiny depan mata saja.

Paling best adalah

1) Space Sweepers
2) The Bad Guys
3) By Quantum Physics
4) My Girlfriend is An Agent
5) Finding Mr Destiny
Thanks for reading :)

3 comments:

notie said...

Macam best je. TQ

SalbiahM said...

Selalu jugak nampak filem-filem tu di TVN, tapi tak dapat tengok betul-betul. By Quantum Physics tu cam menarik sebab saya pun minat Fizik. Thanks share review. Peninsula tu memang krik krik. Haha

thes said...

banyak banyak dalam senarai ni, banyak lagi tak tengok rupanya haha