Sunday, March 28, 2021

Happy Birthday Mawaddah IV

Assalamualaikum

Wau cepat sangat masa berlalu rasa macam baru saja sambut birthday Mawaddah yang ke 4 tahun lepas dan semalam kami sambut Birthday Mawaddah yang ke 5. Tahun lepas tema Frozen dalam entri ini, tahun ni tak ada tema sebab masing masing lupa birthday dia, diapon dah start tadika tahun ini dan kakak kakak aku yang beli barang semua tema warna pink sebab nak cepat.


Kek kami beli kat Secret Recipe saja, Red Velvet Premium Cake sebab warna pink. Mawaddah tahu nak sambut birthday dia semalam, so waktu maghrib bukan main rajin mood dia terus solat sekali dengan Wan dan Tok dia, kalau tak kena jerit baru nak solat.



Malam semalam kami makan kek, kfc dan pizza, alhamdulillah dapat meraikan lagi birthday Mawaddah tahun ini bersama sama.


Disebabkan tema pink, adik dia Malek pon kena paksa pakai baju warna pink nak matching dengan kakak dia sebab Malek pon nak potong kek sama.


Kek ni masa beli simple saja macam bawah ini.


Tapi disebabkan kateh aku ni jenis yang kreatif dan bersemangat so dia pon beli patung patung dan perhiasan untuk hias kek tu sampailah jadi menarik macam bawah ini.


Budak budak memang suka gilalah patung patung dan unicorn semua, lepas potong kek masing masing jerit nak ni nak ni.

Selamat Hari Lahir Mawaddah
Mashu doakan semoga membesar menjadi anak solehah dan dimurahkan rezeki duni akhirat!!!


Thank you for reading. Stay safe and enjoy the weekend :)

No comments: