Sunday, April 25, 2021

English Movies XVI

Assalamualaikum

Dah lama rasanya tak review movie yang best. Sementara tunggu buka puasa ni so update sekejap.

Enjoy my reviews!!!

Yes Day (2021)
Genre : Comedy/Drama


Mengenai sepasang suami isteri yang merasakan sangat sukar untuk anak mereka dengar cakap dan satu haritu mereka berpakat untuk beri 1 hari dimana semua permintaan anak mereka akan dikabulkan dan macam macamlah yang anak mereka minta. Dapatkah Yes Day akan merapatkan hubungan mereka sekeluarga? Best movie ini kelakar dan ceria.

To All The Boys : Always and Forever (2021)
Genre : Romance/Drama


Mengenai Lara Jean dan kekasihnya Peter yang ingin menyambung pelajaran ke Universiti selepas high school. Tapi sayang mereka berdua tak dapat universiti yang sama tapi dalam masa yang sama mereka positif dan percaya pada each other dan somehow sifat trust ini yang buatkan hubungan mereka kuat.

The Midnight Sky 2020
Genre : SciFi/Drama


Mengenai angkasawan yang ingin mencari tempat untuk landing tapi di halang oleh professor yang berada di Iceland atas sebab tertentu.

Kidnap (2017)
Genre : Thriller/Drama


Kidnap tentang seorang ibu yang kehilangan anaknya semasa dia sedang menjawab panggilan telefon. Dari situ dia kejar penculik itu sendiri sampailah dia report ke Pejabat Polis tapi rupanya ramai lagi budak budak yang menjadi mangsa dan dia tak boleh duduk diam so dia jejak sendiri penculik itu dan menyelamatkan budak budak yang lain.

Gifted (2017)
Genre : Drama/Comedy


Tentang seorang budak perempuan yang sangat genius dihantar ke sekolah untuk hidup sebagai gadis biasa oleh bapa saudaranya. Tapi budak itu tak suka sebab dia pandai kan dan dari situ dia menjadi rebutan antara neneknya yang ingin mengambil kesempatan dan juga pakciknya yang ingin selamatkan dia. Budak ini cerdik sebab mak dia genius tapi sayang mak dia mati.

In The Heart of The Sea (2015)
Genre : Adventure/Action


Cerita ini tentang pemburu ikan paus untuk dapatkan minyak ikan paus yang mahal. Kesian juga cerita ini sebab ikan paus kena bunuh dan ikan paus tu tak duduk diam, dia cari masa untuk balas dendam dan hapuskan pemburu tu sikit demi sikit.

50 First Dates (2004)
Genre : Romance/Comedy


Tentang seorang perempuan yang ada masalah ingatan, bila dia bangun tidur pagi itu dia akan lupa apa yang berlaku sebelumnya. Seorang lelaki ini jatuh cinta kat perempuan itu dan dia tak putus asa untuk buat wanita itu ingat dia. Tapi wanita itu tetap tak ingat tapi mereka bahagia sampai ada anak dan travel 1 dunia atas kapal.

Isn’t Romantic (2019)
Genre : Romance/Fantasy


Tentang seorang perempuan yang tidak percaya akan cinta dimana bila perempuan ini tengok movie dia tak akan tengok ending sebab dia tahu ending itu mesti happy ending. Sampailah satu haritu dia bangun dan dia berada dalam alam yang sangat romantic dan ramai laki sukakan dia termasuklah officemate dia yang memang dah lama sukakan dia tapi dia tak perasan.

When We First Met (2018)
Genre : Romance/Comedy


Menceritakan seorang lelaki yang sangat frust bila dapat tahu crush dia berkahwin dengan kawan dia. Dia sangat kecewa dan dia pon mabuk pergi ke satu photo machine ini dan entah macam mana dia kembali pada zaman mereka bertemu kali pertama. So dari situ dia ambil peluang untuk buat perempuan ini jatuh cinta.

Thunder Force (2021)
Genre : Comedy/Adventure


Mengenai 2 orang kawan baik yang menjadi superhero untuk selamatkan negara mereka dari serangan penjahat. Seorang dari mereka memiliki kekuatan yang sangat luarbiasa manakala seorang lagi boleh invisible. Oklah cerita ini lawak dan best.

Paling best adalah :
1) Yes Day
2) 50 First Dates
3) Thunder Force
4) Isn't Romantic
5) When We First Met
Thanks for reading. Pen off :)

No comments: