Tuesday, May 18, 2021

Korean Movies XIII

Assalamualaikum

Masa bulan puasa lepas aku habiskan 10 movie Korea di bawah ini.

The Day I Died : Unclosed Case 2020
Genre : Crime/Drama


Berkenaan tentang seorang peguam yang digantung kerja akibat kes personal, dan untuk tebus balik kesalahan tu dia perlu buka balik kes tentang seorang remaja perempuan yang dikatakan bunuh diri tapi sebenarmya tidak, remaja perempuan itu dibawa lari ke Thailand dan mulakan hidup di sana.

Deliver Us From Evil 2020
Genre : Action/Thriller


Tentang seorang pembunuh upahan yang ingin bersara tapi sebelum bersara dia ada satu kes untuk selesaika iaitu selamatkan budak budak di Thailand yang terlibat dengan penjualan organ.

Howling 2012
Genre : Action/Thriller


Mengenai kes bunuh bersiri yang melibatkan serigala yang telah dilatih untuk menyerang mangsa mangsanya dengan cara yang sama iaitu gigit leher sehingga mati.

Double Patty 2021
Genre : Drama


Mengisahkan seorang perempuan yang struggle untuk menjadi pembaca berita dan dalam masa yang sama terjumpa dengan bekas peninju ketika dia sedang bekerja di kedai burger.

Samjin Company English Class 2020
Genre : Drama/Comedy


Ini paling best mengenai sekumpulan kerani yang menyiasat tentang sisi gelap company mereka dan dalam masa yang sama juga belajar english untuk menaik tarafkan hidup mereka.

The Berlin File 2013
Genre : Action/Thriller


Macam biasa 2 kumpulan masing masing belot untuk dapatkan Berlin File dan diakhir cerita ada kejadian bunuh membunuh demi selamatkan nyawa orang yang penting.

Wonderful Nightmare 2015
Genre : Romance/Comedy


Tentang seorang peguam yang ada segalanya tapi tiba tiba dia bangun dan dia menjadi seorang isteri dan emak kepada 2 orang anak. Rupanya ada sebab dia berada dalam situasi tersebut atas masa silamnya yang dahulu.

Will You be There? 2016
Genre : Romance/Drama


Mengenai seorang lelaki pada zaman sekarang yang kehilangan isterinya dan dia kembali kepada zaman silamnya untuk selamatkan isteri dia.

New Trial 2017
Genre : Crime/Drama


New Trial tentang seorang lelaki yang dikenakan hukuman penjara 15 tahun atas kejadian membunuh yang dia tak buat dan dia dipaksa untuk mengaku supaya hukuman diringankan kepada 10 tahun. 10 tahun lepas itu, peguam baru dilantik untuk buka balik kes ini dan terbukti dia telah diperangkap oleh polis yang terlibat.

Mission: Possible 2021
Genre : Comedy/Action


Mengenai seorang rookie yang perlu bekerjasama dengan seorang spy tapi entah macam mana spy itu accident dan tertukar dengan orang awam biasa. So mereka berdua inilah yang cuba untuk selesaikan satu misi ini.

Paling best adalah

1) Samjin Company English Class
2) Mission: Possible
3) New Trial
4) The Day I Died
5) Wonderful Nightmare
Thanks for reading. Selamat Hari Raya!!!

No comments: