Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, June 12, 2021

BubbleBee Terminal Sentral Kuantan

Assalamualaikum

Dah lama sangat teringin nak rasa Bubblebee sejak dah ada di Kuantan awal tahun haritu alhamdulillah tadi baru berkesempatan nak rasa. Bubblebee Kuantan ada 2 di Kuantan Avenue (Jalan Beserah) dan di Terminal Sentral Kuantan, so pergi terminal saja sebab lebih dekat dan drive thru. Bubblebee terminal ini terletak di tingkat atas terminal ye.


Time pergi tu oklah tak ramai orang so tak perlu tunggu lama. Bubblebee ada 2 jenis iaitu air dan aiskrim so kami pilih 2 air dan 2 ais krim untuk orang rumah sekali.


Kat atas ni recommended bubblebee, dan nasib baik ada buy 3 free 1, so pilih pakej tu la. Beli 3 jenis bubblebee free 1 air Honey Milk Black Pearl.


Premium Matcha Honey with Black Pearl Rm11.90

Aku dah lama tak minum matcha so aku pon cuba Matcha Drink. Sedap sebab matcha dia pekat dan refreshing. Yang ini yang paling cepat habis dulu.


Honey Ice Cream Rm7.90

Ice Cream dia pon sedap, tak manis dan dalam tu ada cornflakes yang rangup.


Black Series Ice Cream Rm9.90

Yang ni sama saja dengan ice cream atas ini cuma yang ini ada tambahan black pearl dan lebih manis sebab pearl tu manis. Sedap juga aiskrim ada bubble, kenyal kenyal kunyah dalam tu.


Honey Milk with Black Pearl Rm9.90

Yang ini kami dapat free sebab beli Buy 3 Free 1. Rasa susu saja bersama pearl dalam itu, ok just nice.


Disebabkan Bubblebee ini memang based dia madu so minuman dia memang manis sikit sebab letak madu, so sedap berlemak manis macam tu rasa dia. Boleh repeat bagi aku air dia, aku lagi suka air berbanding ice cream.
Thank you for reading. Pen Off :)

No comments: