Daisypath Happy Birthday tickers

Friday, June 18, 2021

Burnt Cheese Cake guna Air Fryer

Assalamualaikum

Harini nak share resepi Burnt Cheesecake menggunakan air fryer, resepi ambil dari Khairul Aming cuma kami olah sikit sebab kami buat banyak. Tak sia sia beli air fyer tahun lepas sebab memang banyak kegunaan dan sangat membantu menjimatkan masa. Mudah sangat buat Burnt Cheese Cake ini, campurkan semua bahan dalam satu blender/mixer dan boleh terus bakar.


Resepi

330g cream cheese
1/2 cawan gula
1 kotak kecil whipping cream ~250ml
3 biji telur 
Garam
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu tepung gandum
Sedikit perahan lemon



Cara Cara

1, 2, 3) Campurkan kesemua bahan ke dalam blender/mixer
4) Blend sampai sebati

Kemudian boleh masukkan dalam bekas seperti dibawah ini. Kami guna 3 mini cup aluminium foil dan 1 mini loyang. Baking paper tu optional saja kalau loyang korang jenis tak boleh push, pakailah baking paper.


Bakar dalam airfyer pada suhu 180C dalam masa 15-20 minit bergantung pada AF korang, tapi yang aku perasan 3 bekas kecik itu cepat saja masak dalam 10 minit.


SIAP!!!



Sekata saja kesan bakar itu even bahagian tepi kek pon burnt. Rasa kek memang sedap dan pure cheese, sedap dimakan suam suam atau pon sejuk.


Thank you for reading. Please enjoy your weekend :)

No comments: