Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, June 21, 2021

Double Pavlova

Assalamualaikum

Semalam kami buat Pavlova, plan asal nak buat 2 Pavlova asing 1 Coklat dan 1 biasa tapi disebabkan kek itu dia macam tak tebal so kami terpaksa double kan pavlova itu maka jadilah Double Pavlova. Mencabar juga buat benda ini suhu tak boleh tinggi sangat dan masak kena lama.



Bahan Bahan untuk 1 lapis.

2 biji putih telur
1/2 cawan gula kastor
1 sudu tepung jagung
1 sudu serbuk koko
1/2 sudu kecil esen vanila
Perahan lemon

Topping

1 kotak kecil krim putar 200ml sejuk
1 sudu gula kastor
Buah-buahan masam

*Kalau nak buat double macam kami, sila doublekan bahan bahan.


Cara Cara

Dalam satu bekas kering, masukkan putih telur kemudian guna mixer putar dan masukkan gula kastor sedikit demi sedikit, tepung jagung, esen vanilla, sedikit lemon dan putar sehingga kembang dan bertanduk.

First layer kami buat pavlova orginal dan second layer kami buat pavlova coklat, sama saja cara cuma masukkan sedikit serbuk coklat


Panaskan oven dulu pada suhu 140C dan bentukkan pavlova atas baking paper. Pavlova ini akan mengembang sikit ye.

Bakar dalam oven dalam masa 40minit macam itu. Kalau guna airfyer, bakar dalam air fryer pada suhu 100C selama 50 minit. 

Lebihkan waktu masakan kalau pavlova masih belum keras di bahagian luar. Kalau dah siap masak, biarkan meringue itu sejuk di dalam oven, buka sedikit pintu oven sebab kalau terus letak diluar masa meringue panas, meringue itu akan mengecut.


Topping Pavlova

Untuk topping, masukkan whipping cream dalam satu bekas bersama gula kastor dan pukul sehingga kembang. Jangan over beat pula, nanti dia akan split dan berair.

Hias pavlova anda dan sapu krim setiap lapis dan juga atasnya. Letakkan buah buahan masam untuk balancekan rasa manis dan masam itu. 

SIAP!!!!


Pavlova kami tak adalah menjadi sangat ada juga meringue itu hangit tapi oklah. 


Lepas kami hias itu, sejukkan dalam peti untuk lebih sedap.

Thank you for reading. Selamat bekerja semua!!!

No comments: