Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, June 13, 2021

Korean Garlic Cheese Bread guna Roti Burger

Assalamualaikum

Memandangkan kat rumah masih ada lagi lebihan roti burger, so kateh ajak buat Korean Garlic Cheese Bread dan semalam kami buat. Resepi ini untuk 6 orang makan dan memang sedap makan panas panas.


Kat bawah ini bahan bahan kami guna, detail ada di bawah.


Bahan A (Bancuhan Cream Cheese untuk celah roti)

175g cream cheese
2 sb susu pekat
1 sb susu cair


Cara Cara

1) Pastikan cream cheese dalam suhu bilik untuk lebih mudah kacau. Dalam satu bekas masukkan cream cheese bersama susu pekat.
2) Kacau sebati, masukkan air susu/susu cair dan kacau.
3,4) Mix sebati dan masukkan bancuhan dalam bekas plastik untuk piping nanti.


Bahan B (Bancuhan Garlic untuk celup roti)

100g butter (cairkan)
2 sb susu pekat
2 sb mayonis
2 sb parsley
1 sb chopped garlic
1 biji telur


Cara Cara

1) Cairkan butter, masukkan bawang putih yang dicincang halus.
2) Maukkan daun parsley
3) Masukkan susu pekat
4) Masukkan mayonis
5) Kacau sebati dan bairkan bancuhan sejuk sedikit sebelum masukkan telur. Sebab bila masukkan telur masa panas, telur mungkin akan masak.
6) Dah sejuk sikit, masukkan telur dan ketepikan


Bahan C (Roti Burger)


Cara Cara

1) Roti Burger belah 6 jangan sampai putus.
2) Isikan Bahan A dulu (cream cheese) di celah roti seperti gambar di atas.


1,2 ) Letakkan Bahan B dalam satu bekas yang senang untuk celup roti. Celupkan roti satu persatu seperti dalam gambar.
3) Kemudian dah siap celup semua roti, lebihan bancuhan tu boleh tuang atas roti sehingga habis sebab garlic itu yang membuatkan roti ini jadi lagi sedap.
4) Bakar pada suhu 180C selama 15-20 min bergantung oven masing masing. 

SIAP!!!


Semerbak sangat bau satu rumah roti ini, Korean Garlic Cream Cheese ini lebih pada masak api atas sebab bahan banyak di atas, so korang boleh guna Air Fryer juga nak bakar. Senang dan mudah saja.


Sedap bagi aku roti ini dan mungkin agak muak sikit bila makan lama lama dan next time korang boleh letak kepingan sosej/pepperoni di celah celah roti untuk lebih meaty sikit. Korang juga boleh taburkan chili flakes atas itu untuk lebih pedas.

Thank you for reading. Pen off :)

No comments: