Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, June 19, 2021

Watak Kopi Balok Kuantan

Assalamualaikum

Tadi keluar beli barang dapur kemudian ingat nak singgah minum kopi di Kopi Mesin Balok tapi masyAllah ramainya orang beratur. Malas nak tunggu jadi kami singgah kat Watak Kopi yang terletak di Timur Bay Balok. Tak silap aku ini branch yang ketiga, yang pertama dan kedua di bandar dan Indera Mahkota.


Kat bawah ini menu aneka kopi dan roti bakar.


Disebabkan kami parking betul betul depan kedai, so staff siap hantar air ke kereta sebab kami menunggu dalam kereta.


Mocha Cold Rm10

Mocha sedap sebab tak rasa manis coklat itu, rasa pahit pahit manis dan pekat, kalau mocha aku suka rasa kopi lebih.


Caramel WK Frappe Rm12

Ini signature drink Watak Kopi, ok juga sedap,


Latte Cold Rm9

Latte sedap, korang boleh minta caramel/vanilla syrup juga untuk lebih manis.


Thank you for reading. Stay safe peeps!!!

No comments: