Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, June 20, 2021

Work Out Kit

Assalamualaikum

Masuk harini dah setahun 3 bulan aku kerja kat rumah, tak pernah balik office sepanjang tempoh tu. Alhamdulillah dapat manfaatkan masa bersama keluarga. Jadi, aku memang disiplinkan diri untuk buat Morning Exercise selama 30 minit sebelum masuk kerja. Memang susah nak paksa diri tapi bila kita dah start, kita rasa tak nak berhenti pula.


Nak bersenam ini tak susah pon, tak perlu ada equipment yang penting ada keazaman nak buat dan KONSISTEN. Benda yang aku perlukan adalah:

Mat

Perlu untuk kurangkan sakit kan badan kita bila kita buat full body workout ada masa kena baring ada masa kena duduk dan berlari atas tu.

Mini Tripod

Aku buat HIIT Workout sebab nak peluh cepat dan memang aku akan refer gyoutube. So aku perlukan tripod untuk stand, aku tak boleh guna phone holder sebab nanti tak nampak keseluruhan siaran itu.


Smart Watch

Smart Watch penting untuk track heartbeat, calories burned, how many steps taken, set timing etc. Even nak control youtube pon boleh dari smartwatch. 


Airpods

Airpods ini kadang kadang saja guna sebab aku lagi suka dengar youtube kuat kuat untuk lebih bersemangat.


Dettol Disinfectant Spray

Lepas aku exercise aku akan spray bilik dengan Dettol Disinfectant Spray untuk nyahkuman dan mengharumkan bilik. Walaupun Dettol, bau dia sedap tak bau macam ubat pon.


Video yang aku suka tengok adalah Pamela Reif Channel. Dia merupakan German Influencer dan video dia semua best, tak bercakap dan senang nak follow. Korang tak perlu nak ada workout attire pon yang penting jangan hangat hangat tahi ayam dan pakai baju tidur pon boleh workout.
Thank you for reading. Have a nice day :)

No comments: