Daisypath Happy Birthday tickers

Saturday, July 17, 2021

Agar Agar Santan Pandan

Assalamualaikum

Khamis lepas cuba buat Agar Agar Santan Pandan untuk buka puasa dan alhamdulillah menjadi walaupun lapisannya agak senget sikit.


Bahan Bahan

5 helai daun pandan
5 cawan air
Secubit garam
5 sudu makan gula
12g agar agar tali
1 kotak santan 200ml
1 biji telur


Cara Cara

1) Mula mula masukkan santan ke dalam bekas bersama telur dan garam. Kacau bagi telur pecah. 
2) Masukkan 2 cawan air dalam blender beserta daun pandan. Blend kemudian tapis.
3) Dalam satu periuk, masukkan agar agar tali bersama air 3 cawan. Masak hingga larut.
4) Dah larut, masukkan pula air pandan tadi dan juga gula.
5) Akhir sekali, masukkan air santan tadi dan masak hingga mendidih banyak kali sampai santan tu bebintal sebab kita nak santan tu terapung bila kita tuang dalam bekas.
6) Kalau sampai dah pecah berbintal macam ini baru tutup air dan biarkan sejuk. Kemudian boleh tuang dalam bekas, tapis sebelum tuang dan lebihan santan tu boleh tekan tekan sampai dia hancur dan jatuh ke dalam bekas.

SIAP!!!


Bila kita tuang tu lapisan tu memang akan terus terasing. Kenapa kena tapis? sebab kita nak bagi air turun dulu dan akhir sekali barulah santan akan turun kemudian dan akan terapung dipermukaan barulah nampak layer seperti dibawah.


Kalau korang ada pewarna hijau bolehlah guna untuk nampak lebih hijau, aku just guna pandan so nampa putih sajalah lapisan bawah itu.


Thank you for reading. Have a nice weekend :)

No comments: