Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, July 25, 2021

Korean Movies XIV

Assalamualaikum

Dah lama tak review korean movies, rasanya last aku review dalam bulan May dulu. Kalini nak review lagi 10 movies yang aku tengok ada yang best ada yang biasa saja.

Pawn 2020
Genre: Drama/Family


Pawn mengenai seorang budak kelahiran Cina Korean yang diculik oleh 2 orang lelaki disebabkan ibubapanya masih berhutang dengan mereka, so 2 lelaki ini terpaksa menculik anak mereka untuk dijadikan pajak gadai tapi tak disangka mereka kena bela budak itu sampailah dia besar. Cerita ini memang best sedih gila dan budak tu pandai berlakon, ada satu part dimana mereka jual budak ini tapi rupanya budak ini dijadikan sebagai hamba untuk buat kerja so mereka ambil balik budak ini.

My Dear Desperado 2010
Genre: Comedy/Romance


Tentang seorang perempuan yang diberhentikan kerja dan dia pindah di satu bilik bersebelahan bilik lelaki samseng. Tanpa sedar lelaki itu selalu mengambil berat pasal perempuan itu walaupun lelaki itu tak suka pon perempuan itu.

Birthday
Genre: Drama


Mengenai sebuah keluarga yang kehilangan anak lelaki sebab kejadian kapal tenggelam dan bapanya tiada masa itu. So mak dia macam salahkan bapaknya dan setiap kali birthday anak lelaki itu dorang tak nak ingat.

Jazzy Misfits
Genre: Drama


Mengisahkan ibu dan anak yang bekerjasama untuk mencari adik perempuan mereka yang melarikan diri dari rumah, so sepanjang perjalanan mereka mencari itu, macam biasalah masing masing develop rasa hubungan anak beranak yang dah lama pudar.

Midnight Runner
Genre: Comedy Action


Tentang 2 lelaki yang baru saja graduate dari akademi polis dan masih lagi belajar dan tanpa disangka mereka terlibat dalam satu kegiatan dan mereka berdua cuba untuk selesaikan masalah itu secara curi curi pada waktu malam.

The Liar 2015
Genre: Drama


Mengenai seorang wanita yang bekerja sebagai pembantu pusat kecantikan yang suka menipu dan berlagak kaya. Kerja dia menipu saja dan mencuri pulak duit customer.

The Man from Nowhere 2010
Genre: Action/Thriller


Cerita ini tentang seorang lelaki biasa yang berkerja di kedai pajak gadai tiba tiba terjebak dengan kegiatan penculikan budak. Budak ini memang selalu lepak kedai dia dan dia rasa terpanggil untuk selamatkan budak itu. Best cerita ini dan sedih.

Voice of Silence 2020
Genre: Crime/Drama


Mengenai 2 lelaki yang bekerja sebagai tukang buang mayat yang dibunuh oleh ahli gangster. Seorang itu bisu dan seorang lagi kaki dia sakit. So kerja mereka memang buang mayat sehinggalah mereka dapat tugasan baru untuk jaga seorang budak perempuan sebab bapanya berhutang. Best cerita ini sebab budak itu banyak mengubah kehidupan mereka untuk jadi lebih baik.

I 2021
Genre: Drama


Mengenai seorang remaja perempuan yang bekerja sebagai babysitter kepada anak seorang pelayan kelab malam. Mereka berdua ini macam terdesak untuk hidup sampai ada masa itu ibu budak itu saman perempuan itu kerana anaknya terjatuh padahal anaknya terjatuh atas sebab ibunya cuai. Dia saman sebab dia perlukan duit dan remaja itu defend balik dan mereka berdamai.

Sweet & Sour 2021
Genre: Romance


Tentang seorang nurse dan seorang arkitek yang bercinta jarak jauh. Laki itu bekerja di ibu kota dan selalu ulang alik ke rumah perempuan itu dan dalam masa yang sama lelaki itu bekerja lewat malam bersama pekerja perempuan yang lain. Dari situ mereka berdua macam tak ada komunikasi dan akhirnya putus. Cerita ini best sebab dia flashback dan plot dia pon tak disangka.

Paling best adalah:

1) Pawn
2)) The Man From Nowhere
3) Sweet and Sour
4) Voice of Silence
5) Midnight Runners
Thank you for reading, have a good day :)

No comments: