Daisypath Happy Birthday tickers

Thursday, July 15, 2021

Lompat Tikam

Assalamualaikum

Sebenarnya dah lama sangat nak buat Lompat Tikam sebab ini antara makanan kegemaran aku, tapi baru kelmarin baru sempat buat. Cara dia macam buat puding kastard kena kacau sentiasa sehingga pekat dan sejukkan. 


Bahan Hijau

4 helai daun pandan
4 cawan air
1 cawan tepung beras
2 sudu makan air kapur

Bahan Putih

3 cawan air
1 cawan tepung beras
200ml santan kotak
2 sudu teh garam

Bahan Kuah

3 keping gula melaka
1 setengah atau 2 cawan air


Macam biasa mula mula blend daun pandan bersama 2 cawan air dan tapis.


Cara Cara

1) Untuk lapisan bawah (hijau), dalam satu periuk jangan buka api lagi, masukkan tepung beras, 2 cawan air, 2 sudu makan air kapur dan air pandan tadi. Kacau sebati kemudian baru buka api sederhana.
2) Kena sentiasa kacau sehingga bahan menjadi semakan likat dan berkilat seperti dalam gambar. Kacau sampai agak pekat dan tutup api boleh tuang dalam bekas. Sejukkan dulu selama 30minit sebelum buat lapisan atas.

3) Untuk lapisan atas (putih), dalam satu periuk jangan buka api lagi, masukkan tepung beras, santan kotak, 3 cawan air, dan garam. Kacau sebati kemudian baru buka api sederhana.
4) Sama juga kena sentiasa kacau sehingga bahan menjadi semakan likat dan berkilat seperti dalam gambar. Kacau sampai agak pekat dan tutup api boleh cedok dalam bekas.

SIAP!!!


Bila lapisan pandan dah agak keras, boleh cedokkan santan perlahan perlahan ke atas pandan itu dan ratakan seperti di bawah. Boleh letak dalam peti atau biarkan saja diluar.


Sementara itu boleh masak air gula melaka. Air gula untuk lompat tikam lebih pekat ye so masukkan air sikit saja bersama gula melaka. Didih dan tapiskan.


Paling sedap adalah lapisan santan itu, nak lagi lemak letak lebih sikit garam.

Thank you for reading. Pen off :)

No comments: