Daisypath Happy Birthday tickers

Tuesday, August 10, 2021

Agar Agar Santan Sirap

Assalamualaikum

Keluarga kami memang suka makan agar agar santan, haritu dah pernah buat agar agar pandan dan gula merah so kali ini buat Agar Agar Santan Rose. Sama saja step cuma gantikan dengan sirap rose.


Bahan Bahan

10g agar agar tali
6 sudu makan gula
2 sudu makan sirap
4 cawan air

200ml santan
1 sudu teh garam
1 biji telur

*santan, garam dan telur bancuh siap2 dalam satu bekas.


1) Macam biasa larutkan agar agar tali bersama 4 cawan air.


2) Dah larut, masukkan sirap bersama gula dan biar mendidih.


3) Kemudian, masukkan bancuhan santan telur dan garam tadi. Biarkan agar agar masak mendidih lama sehingga santan tu pecah dan berbintik. Lagi banyak bintik lagi cantik lapisan santan tu naik.


4) Dah selesesai, boleh biarkan seketika kemudian tapis sebelum masukkan dalam bekas. Tak tapis pon tak apa, tapi aku lagi suka tapis. 

SIAP!!!


Sedap makan sejuk sejuk dan rasa agar agar santan sirap ni macam makan kuih lapis pink itu.

Thank you for reading. Have a good day!!!

No comments: