Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, August 22, 2021

Agar Agar Santan Sunquick

Assalamualaikum

Ingat nak buat Agar Agar Santan Oren tapi perisa oren tak ada, so kita guna sunquick. Lapisan itu menjadi cuma lapisan itu warna putih instead of warna oren. Sedap juga agar agar santan sunquick ini sebab rasa lemak dan masam manis tu. Disebabkan sunquick tu dah ada rasa manis, so kita masukkan gula sikit saja.


Bahan Bahan

10g agar agar tali
3 sudu makan sunquick
3 sudu makan gula
3 cawan air

200ml santan
1 sudu teh garam
1 biji telur

*santan, garam dan telur bancuh siap2 dalam satu bekas.


1) Macam biasa larutkan agar agar tali bersama 3 cawan air.


2) Dah larut, masukkan sunquick bersama gula dan biar mendidih.


3) Kemudian, masukkan bancuhan santan telur dan garam tadi. Biarkan agar agar masak mendidih lama sehingga santan tu pecah dan berbintik. Lagi banyak bintik lagi cantik lapisan santan tu naik.

4) Dah selesesai, boleh biarkan seketika kemudian tapis sebelum masukkan dalam bekas. Tak tapis pon tak apa, tapi aku lagi suka tapis. 

SIAP!!!


Nampak tak layer tu tak berapa obvious sangat sebab warna putih dan oren yang lebih kurang.

Thank you for reading. Happy weekend :)

No comments: