Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, September 26, 2021

Agar Agar Santan Oren

Assalamualaikum

Haritu ada buat Agar Agar Santan Oren untuk buka puasa, tapi disebabkan kat rumah tak ada perisa oren aku pon buat campuran sirap (merah) dengan jagung (kuning), maka jadilah warna oren. Tapi rasa lebih pada sirap sebab dominan color kan.


Bahan Bahan

10g-15g agar agar tali
5 sudu makan gula
Perisa jagung + sirap
4 cawan air

200ml santan/1 kotak kecil santan
1 sudu teh garam
1 biji telur

*santan, garam dan telur bancuh siap2 dalam satu bekas.


1) Macam biasa larutkan agar agar tali bersama 4 cawan air. Dah larut, masukkan campuran perisa jagung dan sirap, agak agak saja sampai jadi warna oren bersama gula dan biar mendidih.


2) Kemudian, masukkan bancuhan santan telur dan garam tadi. Bekas kotak santan tu boleh je letak air sikit untuk cuci dan tuang dalam periuk.


3) Biarkan agar agar masak mendidih lama sehingga santan tu pecah dan berbintik. Lagi banyak bintik lagi cantik lapisan santan tu naik. Dah selesai, boleh biarkan seketika untuk suam sikit agar agar dan masukkan dalam bekas. 

SIAP!!!


Thanks for reading, enjoy your weekend :)

No comments: