Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, September 12, 2021

Hogoh de Coco Kuantan

Assalamualaikum

Minum petang harini kateh order cheesy chicken dan coconut shake daripada Hogoh De Coco. Dah lama sangat tak minum coconut shake, kali ini dapat minum coconut shake yang pelbagai perisa. Hogoh de Coco selain dine in, ada juga drive thru so korang boleh cuba.



Coconut Shake Original dan Coconut Shake Boba

Dua ni sama saja rasa cuma belah kanan ada boba. Coconut shake original tanpa boba pon dah sedap sebab menyegarkan, kalau ada boba macam tak kena sebab coconut shake ini ice blended so bila campur boba macam tak boleh sedut boba tu lepas tu straw pula dia bagi straw kecil. So better beli coconut shake original saja pon dah sedap tau.


Coconut Shake Avocado Coklat dan Coconut Shake Caramel Coffee

Coconut shake avocado coklat tak rasa avocado sangat sebab rasa lebih pada coklat. Yang paling sedap adalah Coconut shake caramel coffee tak sangka pula combination coconut shake dan coffee memang wow. Air ni yang habis dulu, serious korang kena cuba.


 CSC Bowl

Selain minuman kami cuba juga makanan ringan Hogoh de Coco iaitu CSC Bowl. CSC stands for Chicken Simbah Cheese, memang banyak gila cheese atas ayam tu, ayam pon besar dan banyak. Makan ayam dan coconut shake pon dah kenyang teramat.

Thank you for reading. Have a good day ^-^

No comments: