Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, October 11, 2021

Krunchy Choco Melts sedap!!!

Assalamualaikum

Choco Jar ini antara snek yang aku suka makan bila tak tahu nak makan apa. Antara Choco Jar yang aku suka adalah brand KCM sebab sedap dan datang dalam bekas yang mudah. Boleh katakan hampir semua perisa aku cuba dan dah banyak kali repeat order dengan kawan aku.


KCM Little Nana 

Little Nana ini perisa pisang, rasanya not bad bila makan macam kita makan honeystar. Sedap boleh diterima tekak.


KCM Dodo Hunter

Dodo Hunter ini perisa durian D24, oklah bagi aku rasa durian yang kuat. Perisa ini paling lama nak habis, sekarang pon tak habis lagi sebab tak kena lah coklat+durian, akan rasa muak sikit.


KCM Velvet Hood

Velvet Hood ini perisa Red Velvet. Sedap dan korang kena beli.


KCM Green Hero

Green Hero ini perisa matcha, aku memang suka matcha dan perisa ini memang rasa matcha yang sedap dan berkrim. Paling sedap antara semua perisa.


KCM Butter Baby

Butter Baby ini perisa butterscotch. Ok sedap memang rasa roti butterscotch.


KCM ada 7 perisa, dua lagi perisa iaitu premium coklat dan white coklat. Dua itu bagi aku rasa sedap coklat yang kita selalu makan. Yang paling kegemaran bagi aku selain perisa coklat adalah:

1) Green Hero Matcha
2) Red Velvet Hood
3) Butter Baby Scotch
Thank you for reading. Pen off :)

No comments: