Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, October 18, 2021

Mi Sup Ayam

Assalamualaikum

Harini nak share resepi Mi Sup Ayam yang buat minggu lepas. Kalau kat rumah tak ada apa nak masak dan nak cepat boleh masak sup saja at least boleh makan dengan nasi atau mi kan. Anak anak buah memang suka sup dan mak pon buatlah mi sup sambil sambil itu aku tolong lah sikit sikit sebab waktu kerja kan.


Bahan Bahan (7 orang makan)

1 paket mi
1/2 ekor ayam (potong sederhana saiz)
Daun sup
1 paket rempah sup
1 paket sup bunjut
Kentang 5 biji
Halia 2 inci
Garam secukup rasa

Bahan kisar

Bawang putih 5 ulas
Bawang keci 5 ulas
Halia 2 inci


Macam biasa mula mula basuh ayam dan potong ikut saiz yang suka. Kemudian celur mi dan tapis. 1 paket mi boleh makan 7 orang sekali makan.



1) Masukkan air dalam periuk, ikutla banyak mana kuah nak.
2) Kemudian, campurkan bahan kisar tadi (bawang kecik+bawang putih+halia), penting untuk letak bawang yang dikisar sebab untuk sup rasa manis bawang itu so tak payah nak letak gula nanti. 
3) Masukkan pula 1 paket rempah sup serta sup bunjut ke dalam periuk, kacau sebati dan masukkan kentang yang dibelah dua serta halia yang dihiris halus. Kentang kena masuk awal supaya empuk lebih cepat. Kalau tak ada sup bunjut pon tak apa, yang penting rempah kena adalah.
4) Last sekali bila rasa kentang dah empuk sikit, boleh masukkan ayam tadi dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih sehingga ayam dan kentang masak.

SIAP!!


Jangan lupa taburkan daun sup sebelum tutup api supaya lebih beraroma. Lagi sedap makan bersama bawang goreng dan boleh buat sambal kicap untuk lebih sedap.


Thanks for reading. Pen off :)

No comments: