Daisypath Happy Birthday tickers

Sunday, October 10, 2021

Nestle La Cremeria Berries Yogurt dan Oreo

Assalamualaikum

Anak anak buah dah sebulan tak singgah rumah sejap PKP haritu, semalam abang aku singgah la bawak budak budak itu dan kakak aku pon belilah aneka aiskrim untuk dorang ini. Kami pon dah lama juga tak makan aiskrim sejak budak budak ini tak datang.


Oreo Ice Cream

Oreo ni memang kegemaran budak budak ini sebab rasa oreo kan, siapa saja tak suka. Memang sedap halus dan macam makan cookies and cream.


La Cremeria Summer Berries Yogurt

Aku lagi suka yang ini sebab lebih masam yogurt dan buah berry itu, sedap sebab aku memang suka masam.


La Cremeria Mint Temptation

Yang ini aku dah pernah review dulu dan memang sedap, so kami repeat lagi dan aiskrim ini paling cepat nak habis. Tengoklah dah ke bawah dah, sedap rasa mint coklat.


Thank you for reading. Pen down :)

No comments: