Daisypath Happy Birthday tickers

Monday, November 15, 2021

Nestle La Cremeria Vanilla Cashew dan Walls Strawberry Cheesecake

Assalamualaikum

Dua minggu lepas kakak jemput kami sekeluarga makan kat rumah alang alang semua anak beranak balik kampung kami makanlah malam kat sana. Dah tahu nak kumpul ramai ramai aku pon belilah aiskrim sebagai pencuci mulut lagipon anak anak buah lagi suka kan kalau ada aiskrim.


Kalini kami cuba perisa Walls Strawberry Cheesecake dan Nestle La Cremeria Vanilla Cashew Delight.

Walls Strawberry Cheesecake


Sedap berlemak dan ada masam sikit tapi tak masam sangat pon. Dalam kek ini ada cebisan cheesecake so bila makan kita rasa macam makan kek yang ada aiskrim. Sedap kombinasi yang menarik.

La Cremeria Vanilla Cashew Delight


Ini lagilah sedap sebab ada cashew dan vanilla yang buatkan kita makan tak puas. Dia rasa vanilla yang ada campuran kacang, bukan rasa vanilla kosong tu.

Nestle Milo


Aiskrim milo ini rasa milo lah tapi aku lagi suka makan aiskrim milo yang ada milo bites dalam tu lagi rasa sedap kunyah benda itu.
Thank you for reading. Happy weekday :)

1 comment:

Ann Ishak said...

strawberry cheesecake tu belum pernah rasa lagi